Monday 27 February 2012

ceriteracinta2


Pada sebelah malamnya, forum perdana yang dipanelkan olah ahli panel yang cukup hebat sekali seperti Imam Muda Asyraf, iaitu johan rancangan Imam Muda musim pertama, dan Ustazah Siti Norbahyah Bt Mahmood, penceramah yang tidak asing lagi. topic yang dibincangkan pula, cukup menarik iaitu ‘Cinta VS Cita-cita’. Ramailah siswa dan siswi membanjiri dewan. Bertambah ancak dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid jemputan, iaitu kumpulan In-Team. Jualan dan pameran juga berlarutan hingga ke malam kerana begitu ramai sekali pengunjung yang mengunjungi gerai dan booth pameran. Humaira sendiri tidak menyangka sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua warga UIAM dan juga pengunjug luar.
                **************************************************************************
“ Ya Allah, mengapa imanku ini lemah pada dunia..mangapa terlalu mudah aku terpersona dengan indahnya maya duniawi..disaat hati ini ingin kutumpukan sepenuhnya untuk cita-citaku, mengapa dia hadir…adakah ini petanda baik atau sebalikya..aku sedar, mencari yang sempurna itu adalah mustahil, kerana setiap manusia tidak sempurna, lebih baik mencari kekurangan dan memperbetulkan kekurangan itu lebih baik…tapi, aku sendiri keliru dengan hati ini…Ya Allah…bantulah hambaMu ini dalam menentukan yang terbaik untukku…”
                Humaira duduk bersandar di atas katil sambil menhadap computer ribanya. Peristiwa kemarin masih menapak dalam kotak fikirannya. Sangkanya setelah 8 tahun kedua mereka menyepi, tidak mungkin mereka akan bertemu lagi. teringat Humaira ketika pertama kali bertemu Hafiz, dia ditengking oleh lelaki itu. Kerana dialah Hafiz dirotan oleh guru disiplin. Dia tahu, Hafiz menaruh dendam padanya, tetapi dia hanya tenang dalam menghadapi hari-harinya. Dia Cuma menjalankan hari-harinya seperti biasa. Wirdatul yang merupakan teman karibnya tika itu sering menceritkan tentang Hafiz kepadanya. Dari apa yang diceritakan, Hafiz bukanlah student yang teruk, keputusan peperiksaannya juga bolah lah dikatakan baik. Tapi, akan bertambah baik jika dia berusaha lebih keras. Dia Cuma terpengaruh dengan rakan, membuatkan dia menjadi begitu.
                Tiba di tahun akhir mereka di sekolah menengah, Humaira dapat melihat sedikit perubahan pada Hafiz. Dia sudah kurang bergaul dengan rakan-rakannya, dorongan daripada guru pendidikan islam yang sangat rapat dengannya membuatkan dia mula manumpukan pada pelajarannya. Dia tidak lagi menjadi seagresif dahulu. Tambahan pula, ketika itu Wirdatul menjadi agak rapat dengan Hafiz. Jika ada sesuatu yang dia tidak faham, Wirdatullah menjadi tempat untuk dia bertanya dan berbincang. Walaupun agak hairan tapi Humaira bersyukur atas perubahan itu. Suatu hari, ketika hendak pulang dari sekolah Wirdatul memberikan sekeping kertas pada Humaira, katanya daripada Hafiz.
                ‘Jika tidak keberatan, boleh saya minta nombor telefon awak? Hanya untuk saya bertanya pasal homework.’ Begitulah isi kertas itu. Humaira bertambah hairan. Namun keesokkan harinya dia tetap memberikan nombor telefonnya pada lelaki itu. Sejak dari hari itu, dia mula berhubung dengan Hafiz, hanya mengenai homework. Humaira juga tidak mahu berlebih-lebih, takut jika ada sesuatu yang terjadi nanti. Manusia hanya tahu apa yang terjadi sekarng, tapi tidak apa yang bakal terjadi. Peperiksaan SPM pun menjelang tiba, seluruh focus ditumpukan untuk menjawab soalan peperiksaan. Bagi Humaira pelajaran harus diutamakan tika ini. Perkara-perkara lain perlu diketepikan dahulu. Atas berkat usahanya, Alhamdulillah dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan Wirdtul, manakala Hafiz juga mendapat keputusan yang bagus walaupun tidak secemerlang mereka berdua.
                Selepas itu, Humaira dan Wirdatul mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke program asasi perubatan di UIAM manakala Hafiz mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi dalan bidang sains. Sejak selapas SPM Humaira semakin kerap berhubung dengan Hafiz melalui SMS, tetapi hanya sebagai rakan. Baginya dia tidak berminat untuk bercinta atau bercouple seperti rakannya yang lain, yang kebanyakannya sudah mempunyai teman lelaki. Sehinggalah pada suatu hari, Hafiz maluahkan isi hatinya pada Humaira melalui SMS. Humairah menyangka Hafiz hanya bergurau kerana sikap Hafiz memang suka bergurau. Tapi, ternyata sngkaannya salah sama sekali. Walaubgaimanapun, Humaira tidak memberikan apa-apa keputusan. Dia juga keliru untuk bertindak ketika itu. Mereka tetap berbalas SMS seperti biasa.
                Ketika di semester pertama di UIAM, rutin hariannya jauh berbeza sekali berbanding dahulu. Ternyata kehidupan di situ memerlukan semangat yang kuat dan iman yang kukuh dalam diri. Melalui SMS dia dan Hafiz sering bertukar cerita mengenai tempat belajar masing-masing. Adakala keluhan demi keluhan diluahkan dan masalah diceritakan. Bagi Humaira dia semakin senang bercerita kepada Hafiz dan Wirdatul mengenai masalahnya. Jarang sekali dia bercerita pada ibu bapanya kerana dia tidak mahu membuat mereka risau tentang nya. Jadi, pada kedua sahabatnya itulah dia menceritakan segalanya.
                 Di  UIAM, Humaira juga banyak bertemu budaya baru yang asing baginya. Ada antaranya positif dan ada antaranya negatif. Bagi Humaira dia tertarik dengan beberapa gelintir siswi yang majoritinya dari Kelantan yang mengekalkan imej mereka bertudung labuh. Baginya budaya itu agak jarang ditemui kerana dia hanyalah berada di sekolah harian biasa sebelum ini. Hatinya menjadi tenang melihat mereka bertudung labuh dan timbul kesedaran di situ, untuk dia juga mengikutnya. Tapi, baginya dia tidak mahu terlalu cepat berubah kerana khuatir andai perubahannya akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Untuk berubah biarlah perubahan itu berkekalan dan ikhlas kerana Allah. Dari situ juga timbul kesedaran dalam dirinya mengenai hubungan sesame manusia, iaitu antara lelaki dan wanita.
                Humaira juga banyak mengikuti kelas agama yang banyak menyantuh menganai isu couple, bercinta dan sebagainya. Dari situ dia mula berfikir adakah dia dengan Hafiz juga sudah sampai ke tahap itu? Jika diikutkan syariat ternyata nercoupla itu haram dan akan menyumbang kearah berlakunya maksiat yang kesannya akan berlakulah pembuangan anak luar nikah dan sebagainya. Mula timbul di fikirannya, adakah dia dan Hafiz akan berterusan sehingga begitu? Walaupun kini mereka hanya bersahabat, tetapi dia juga manusia biasa yang akan mudah terperdaya dengan hasutan iblis dan syaitan. Dia akan berdoa setiap kali solat agar dia tidak termasuk dalam golongan itu. Pernah juga suatu katika Hafiz mangajaknya untuk bercoupla, tetapi Humaira menolak dengan baik kerana dia sendiri tidak mahu kecewa kerana cinta. Bagi Humaira dia tidak mahu memulakan cinta kerana dia takut untuk kecewa kerana cinta itu bukanlah sesuatu yang boleh dirancang. Kita hanya manusia biasa. Oleh sebab itulah dia hanya menganggap Hafiz sebagai sahabat yang tidak aka nada istilah putus sahabat di penghujungnya. Bersyukur juga kerana Hafiz juga bukanlah jenis yang suka memaksa walaupun dia tetap dengan pendiriannya.
                Jadi, kekallah mereka sebagai sahabat walaupun dalam diam keduanya menyimpan perasaan sendiri. Humaira tidak dapat menafikan kesungguhan Hafiz dalam menarik hatinya sedikit sebanyak telah mencuit hatinya dan jauh disudut hati dia sebenarnya jatuh hati pada Hafiz. Tetapi, dia tidak mahu terlalu mudah mengakuinya kerana dia asendiri agak takut untuk mempercayai lalaki. Cukuplah sekadar mereka bersahabat. Jika sudah tertulis Hafiz adalah jodohnya, insyaAllah aka nada kesudahan yang terbaik untuk mereka. Lagipun, ketika itu mereka harus menumpukan perhatian pada pelajaran yang memerlukan kesungguhan yang maksimum. Dia perlu memastikan dia mampu menggenggam segulun ijazah dan menjadi seorang doctor yang berjaya.
                Rutin harian sebagai pelajar asasi perubatan ternyata bukanlah Sesutu yang mudah sehingga membuatkan Humaira juga ada ketikanya mengalirkan air mata kerana memikirkan terlalu sukar dugaan yan dihadapi dan takut andai dia kecundang. Wirdtul yang banyak memberi semangat padanya agar tabah hadapi apa juga cabaran yang mendatang untuknya. Tambahan pula, pada peperiksaan semester pertama, keputusannya kurang memuaskan. Setelah itu, dia mula muhasabah diri mencari di mana silapnya. Banyak perkara yang difikirkannya. Salah satu darinya adalah mengenai hubungannya dengan Hafiz. Jika difikirkan semula, dia sudah semakin rapat dengan Hafiz. Bolah dikatakan setiap malam mereka akan berbalas SMS. Walaupun ia hanya atas title sahabat, tapi tidak dinafikan sebagai manusia biasa dia tidak akan terlepas daripada merasai satu rasa kasih saying antara lelaki dan wanita. Seolah semakin hari semakin kuat perasaannya untuk lelaki itu. Dan mungkin itu juga salah satu sebab dia semakin tidak dapat focus pada pelajarannya walaupun sudah sedaya upaya dia cuba mangawalnya.
                Lalu, setelah difikirkan sehabisnya, dia bercadang untuk tidak berhubung lagi dengan Hafiz malalui SMS. Pada mulanya dia bertanya pendapat Wirdatul menganai cadanagannya. Setelah yakin dengan apa yang ingin dilakukannya di tekad sekali untuk tidak berhubung lagi dengan Hafiz. Dia juga ada memberitahu Hafiz mengenai perkara itu tetapi tidak memberitahu sebab kenapa dia buat begitu. Teringat Humaira mesej terakhir yang diterima daripada Hafiz, ‘muslimah itu cantik andai diri dihiasi iman, andai hati disirami taqwa, andai akhlak dilimpahi solehah….semua yang kita miliki tika ini bukanlah akan kita miliki selamanya kerana ia adalah milik Allah…kita tidak mampu mengawal arah angin tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita…tapi ingin sekali saya kemukakan hasrat hati ini,….walaupun imanku tak sesempurna Rasulullah, wajahku tak setampan Nabi Yusuf, akhlakku tak semurni para sahabat, izinkan hati ini mencintaimu dan manunggumu kerana Allah…..insayaAllah, saya akan tunggu awak..itu janji saya… ‘. Tersentuh hati Humaira membaca mesej itu. Terasa indah di hati, tetapi cuba dikawalnya kerana takut tewas dengan perasaannya sendiri. Jadi, dia sanggup berperang dengan perasaan sendiri demi mencapai kejayaannya. Pernah sekali Wirdatul mengatakan dia ego kerana tidak menunujukkan yang dia sebenarnya sukakan Hafiz. Tapi, Humaira hanya tersenyum. Biarlah dia meninggikan egonya kerana cinta itu tidak penting, cita-citanya lebih penting tika itu.
                Jadi, dia sabarkan hati lalui hari-harinya tanpa berhubung dengan Hafiz walau untuk seketika. Ternyata pada mulanya agak sukar, tetapi dikuatkan imannya agar dia dapat teruskan hidup biarpun tanpa SMS dari Hafiz. Dia sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti berfaedah agar tiaa masa terluang untuk di fikirkan mengenai Hafiz. Pada mulanya, semakin dia cuba untuk melupakan semakin rindu pula dia pada Hafiz, padahal dulu tiada pula perasaan itu. Dia hanya biasa-biasa sahaja dengan Hafiz. Terngata betul juga kata orang tua-tua, masa ada depan mata buat tak tahu, bila dh tak da barulah berputik rindu. Tapi, tetap diteguhkan imannya sehingga akhirnya dia sedar cinta pada Allah itu adalah yang abadi. Jadi, lebih baik kiranya dia mendambakan cinta kepada Allah. Dia tidak akan kecewa kerana tiada istilah putus cinta denganAllah. Dari situ timbul kesedaran untuk Humaira lebih mendekatkan diri dengan Allah. Penampilannya juga sudah berubah. Dia sudah mula bertudung labuh dan sering terlibat dengan aktiviti keagamaan.
                Alhamdulillah, Allah memberi petunjuk padanya untuk berubah kearah kebaikan dan memelihara dirinya dari hubungan yang mencelakan. Dalam solatnya dia selalu berdoa agar dipertemukan dia dengan lelaki yang soleh sebagai imamnya dan pembimbingnya ke jalan yang benar disamping diberi kejayaan dalam pelajarannya. Tidak lupa juga doa untuk kesejahteraan hidup mereka sekeluarga. Disebalik itu, jauh disidut hatinya mengatakan Hafiz adalah orangnya. Walaubagaimanapun, Humaira tidak mengharapkan apa-apa. Manusia hanya mampu merancan, tetapi Allah yang menentukan.    Humaira redha dengan apa jua takdir Allah untuknya. Berkat kesabarannya sehinggalah kini, pencapaiannya dalam akademik cukup membanggakan dan boleh dikatakan setiap semester dia mendapat dekan dalam pencapaiannya dan amat dikenali di UIAM. Namanya juga sering disebut-sebut para pensyarah dan tak kurang juga para siswa.
                Sepanjang tempoh itu, Wirdatul menjadi teman rapatnya. Walaupun pencapaian Wirdatul tidaklah sehebat pencapaiannya, tetapi dia sering membantu Wirdatul untuk terus berjaya. Sepanjang tempoh itu juga, nama Hafiz tidak sesekali lekang dari hatinya, Cuma disembunyikan sebaik mungkin agar nama itu tidak mengganggu koncentrasinya. Sehingga kini di semester akhir pengajian perubatan, dia masih berusaha mengakalkan pencapaiannya. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk dia mencapai cita-citanya. Harapan kedua ibu bapanya harus dilaksanakan agar kedua mereka mengalirkan air mata kerana gembira bukannya kecewa dengannnya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
                Pagi itu, Humaira hanya di rumah. Tiada perasaan untuk dia keluar untuk membeli barang atau bersiar-siar. Begitu juga dengan Wirdatul. Humaira ceritakan pada Wirdatul tentang Hafiz yang dijumpainya semalam. Wirdatul, tidak memberikan apa-apa respond kerana dia selu berhubung dengan Hafiz.
“ Kenapa tak beritahu saya yang Hafiz tu belajar dekat UPM?” soal Humaira setelah mendapat tahu yang Wirdatul tahu mengenai itu.
                “ Sebab awak tak tanya. Lagipun awak jugak yang bagitahu saya supaya jangan ceritakan apa-apa tentang Hafiz pada awak. Hafizpun sama macam awak, tak kasi saya cerita pasal dia pada awak. Jadi, saya diam je lah “ balas Wirdatul slumber.
                “ Terkajut beruk saya semalam tau masa jumpa dia. Dah tu, boleh pulak dia buat muka orang tak de perasaan cakap benda pelik-pelik. Saya pun jadi pelik dengan dia.”
                “ Apa yang dia cakap, cube citer kat saya.” Wirdatul sudah mula tersenyum nakal.
                “ Dia tak cakap ape pun, Cuma di cakap dia serius dengan apa yang dia pernah beritahu saya dulu. Saya ingatkan dia dah lupa semua tu.”
                “ Itu maknanya dia masih sukakan awak la tu, takkan la awak tak faham kut. Wa…bertuah btul awak dapa orang yang setia macam tu.”
                “ Iye lah tu, macm mana awak tahu? Entah-entah dia cakap je, orang lelaki, Wirdatul bukan boleh percaya sangat.”
                “ Eh, budak ni. Macamtu pulak, awak masih ragu-ragu dengan dia ke? Masih ragu-ragu dengan kesetiaan dia? Kalau dia jenis yang tak boleh dipercayai, dia takkan tunggu awak la, cik Humaira oi..”
                “ Entah lah, saya sendiri pun tak tahu apa perasaan saya kat dia. Tapi yang pasti saya nak berjaya dulu.” Memang benar Humaira masih keliru, dia masih perlu mencapai cita-citanya dahulu walaupun cinta itu ada untuk dia.
                “Cuba bagitahu saya sejujurnya, awak sukakan dia atau tidak?” Wirdatul menduga Humaira.
                “ Suka, suka sebagai kawan dan saudara sesame islam.”
                “ Ala…..Humaira, bagi la jawapan spesifik sikit. Kita dah nak graduate dah pon, tak salah kalau kita up grade sikit.”
                “Apa yang up gradenya, betul lah apa yang saya bagitahu tu”
                “Baiklah cik Humaira, kalau itu jawapannya suka hati awaklah. Saya tak nak tanya lagi. saya keluar dulu lah ye.” Wirdatul sekadar ingin melihat respond Humaira. Dia mula bangun dari katil Humaira dan membuka pintu bilik untuk keluar.
                “Eh, nantilah dulu. Iyelah-iyelah, saya citer. Memang saya sayangkan dia,saya cintakan di, tapi saya belum tentu lagi akan miliki dia. Itu ketentuan Allah. Lagipun kita tak tahu siapa jodoh kita.” Terluah juga kata hatinya selama ini.
                “Tak pe Humaira, banyakkanlah istikharah dan berdoa agar diberikan petunjuk oleh Allah ye. Lagipun tak lama lagi kita dah nak exam akhir. Itulah penentu kita. Samada berjaya atau tidak. Awak tak pelah memag dah tentu akan berjaya, saya ni belum tentu lagi kesudahannya.”
                “Apa pulak macam tu, sama-samalah kita usaha ye, insyaAllah, kita akn sama-sama berjaya. Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya.”
                “Ala…apa la sangatkan, macam tak biasa. Kan saya ni pendengar setia kisah cinta awak dan Hafiz.” Wirdatul mengusik. Sudah memerah pipi Huamaira.
                “Banyaklah awak punye kisah cinta. Sejak bila pulak saya bercinta dengan dia? Kitaorang sahabat je okey.”
                “Opss, silap cakap pulak. Kisah persahabatan a.k.a percintaan dalam diam.”
                “Iyelah tu..ada-ada aje awak ni nak kenakan saya ye.” Humaira sudah lali dengn usikan Wirdatul. Smemagnya dari dulu Wirdatul sering mengusiknya bercinta dengan Hafiz. Akhirnya kedua mereka ketawa.
                “Ha, sebagai upah saya setianya mendengar masalah awak, awak kena masak untuk saya, lagipun perut dah berkeroncong macam-macam lagu dah ni. Pagi tadi pun tak breakfirst tau.” Kata Wirdatul sambil memegang perutnya yang kelaparan.
                “Eh, ye ke? Jomlah, saya pun dah lapar, kita masak sesame ye.” Ajak Humaira.
                “Ape pulak, awak la masak, saya kalau terlalu lapar tak boleh buat ape-ape dah. Nak makan je.” Wirdatul mengelak sambil ketawa. Humaira sudah mula menapak ke dapur untuk memasak. Humaira memang pakar bab-bab masak ni. Cakap saja apa yang nak makan, mesti dia boleh masak punya. Bertuah siapa yang jadi suami Humaira, takpayah nak habis duit makan kedai.
                **********************************************************************
                Selesai makan tengahari, Humaira masuk ke biliknya. Niatnya untuk mengup date blog. Computer ribanya dibuka dan dia log in ke blognya.
‘Ya Allah, aku manusia biasa. Hati ini terlalu mudah lemah dan jatuh sayang pada yang lain. Ya Allah, sememangnya aku merindui dia. Aku saying padanya, tapi aku tak bias merealitikan perasaanku. Ya Allah, aku mohon, berilah petunjuk untukku agar aku dapat membuat keputusan yang terbaik untuk hidupku. Jangan biarkan aku pilih jalan yang salah, ya Allah…Andai sudah tertulis dia untukku satukanlah kami dibawah keredhaanMu, andai dia bukan untukku kekal kanlah kami sebagai saudara sesame islam dan tetapkanlah hati kami dengan ketentuanMu.
          Cinta itu sememangnya indah dan ia hadir dalam setiap diri manusia. Orang cakap cinta itu akan buat manusia buta, tapi kita tidak sedar, kita yang buta menilai cinta. Mana mungkin cinta Allah itu buta. Jadi, kita tidak akan buta andai cinta itu betul dan kena pada tempatnya. Kita juga selalu dengar orang cakap “aku jatuh cinta” sebab tu la, dia juga jatuh ditimpa musibah cinta. Sebenarnya kita tidak jatuh cinta, tapi kita merasai cinta kerana cinta itu akan buat manusia jatuh sedalamnya dan cinta akan buat manusia bahagia selamanya. Setiap individu berbeza tafsiran mengenai cinta. Bagi aku, cinta itu terlalu suci, dan cinta ku hanyalah milik Allah. Aku takut untuk jatuh cinta pada manusia kerana takut untuk kecewa dihujungnya. Aku juga takut untuk merasa indahnya cinta manusia kerana aku takut ia akan melebihi cintaku pada penciptamanusia sedangkan pencipta manusia itu lebih agung cintaNya. Jadi, biarlah cinta kepada Allah adalah ya pertama di hatiku dan cinta pada Rasul adalah selepasnya dan setelah itu cinta pada keluarga dan setelah itu barulah aku akan memberikan cintaku pada seorang lelaki bernama suami. Itulah cinta yang aku idamkan. Cinta yang hadir atas keredhaan Allah ditiupkan dalam hati aku dan dia untuk kami bersatu atas tali ikatan yang berlimpahan kebahagiaan behiaskan bunga kemanisan dari Allah. Ya Allah, sungguh indah cinta itu. Moga aku perolehnya.’
                Terluah isi hatinya di situ. Humaira sememangnya jenis yang sukar untuk berterusterang mengenai perasaannya. Jauh sekali untuk berceritakan perasaannya pada orang lain. Jadi, dia lebih selesa menulis segala isi hatinya. Dan pada blog inilah menjadi sasaran penulisannya. Adakala diarinya juga menjadi tempat untuk dia meluahkan isi hatinya. Walaupun adakala dia bercerita pada Wirdatul, tapi dia tidak mampu untuk luahkan segalanya pada Wirdatul. Cukuplah sekadar Wirdatul mendengar apa yang patut sahaja. Selebihnya biarlah kekal sebagai rahsia dia dan Allah. Sebenarnya dia sendiri rasa bersalah untuk memberitahu banyak mengenai dia dan Hafiz kerana firasat hatinya mengatakn, Wirdatul juga ada menaruh hati pada Hafiz. Biarpun Wirdtul tidak pernah memberitahunya, tetapi dari tingkah laku Wirdatul dia dapat mengagak Wirdatul juga ada menaruh hati pada Hafiz.
                Humaira sebenarnya tidak kisah mengenai itu. Cuma dia juga rasa bersalah kerana Hafiz menyukainya, bukan Wirdatul. Hafiz sendiri memberitahunya dahulu yang dia hanya menanggap Wirdatul hanya sebagai kawan baik, tidak lebih dari itu.pernah suatu katika dia berkong si perasaan dengan Wirdatul mengenai seseorang yang pernah mereka minati. Wirdatul sendiri memberitahu dia mempunyai seorang yang pernah dia minati dulu,kini dan mungkin selamanya. Tapi, dia hanya mampu meminati dalam diam kerana lelaki itu sudah mempunyai pilihan hatinya. Dari situlah Humaira dapat mengagak yang lelaki yang Wirdatul maksudkan adalah Hafiz. Timbul rasa bersalah di hatinya terhadap sahabatnya itu. Tetapi dia juga tidak kisah andai Hafiz berubah hati pada Wirdatul.
                ***********************************************************************
                Rutin sebagai psiswi perubatan berterusan lagi. kini, rutinnya semakin sibuk. Banyak perkara perlu dilakukan dan kesemuanya memerlukan tumpuan yang sepenuhnya agar hasilnya nanti akan membanggakan. Disamping usaha yang beterusan, doa juga perlu dipanjatkan agar peroleh keberkatan dalam setiap yang dilakukan. Tambahan pula, disaat-saat akhir ini. Sekarang boleh dikatakan saat genting untuk para siswa dan siswi perubatan kerana peperiksaan akhir hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. peperiksaan ini bukansahaj peperiksaan akhir semester, tetapi juga peperiksaan tahun akhir mereka sebagai pelajar perubatan. Boleh dikatakan inilah matlamat para penuntut perubatatn samada untuk menentukan pengakhirannya adalah sebuah kejayaan atau kegagalan. Dan yang pastinya semua mereka inginkan kejayaan yang cemerlang.
                Begitu juga dengan Humaira. Alangkah rugi sekiranya setelah  enam ahun berhempas pulas memerah otak dan keringat bergelar siswi perubatan dan akhirnya hasil yang diperoleh hanyalah sebuah kegagalan. Tempoh enam tahun yang ditempuh itu bukanlah satu tempoh yang singkat dan mudah untuk dihadapi. Pelbagai pengalaman pahit dan manis terlakar dalam tempoh itu. Namun, pengalaman pengalaman itu banyak mengajar Humaira erti sebenar sebuah kehidupan. Sememangnya pengalaman itu akan menmatangkan seseorang dalam menhadapi hari-hari mendatang. Dari pengalaman juga Humaira kini semakin dekat dengan Allah dan hidupnya semakin tenang andai Allah sentiasa disisi. Dia sangat bersyukur atas petunjuk Allah utuknya. Segala perkara yang akan menganggu tumpuannya di buang sejauhnya disaat ini. Fokusnya hanya untuk peperiksaan yang semakin dekat. Humaira bercadang untuk pulang ke kampong halaman bagi memohon restu kedua ibubapanya untuk menduduki peperiksaan. Lagipun dia juga sudah lama tidak pulang ke kampun halaman. Jadi, dia akan pulang ke kampong hujun minggu itu. Wirdatul juga akan ikut bersama. Kebetulan, mereka sekampung.
                “ Eh, tadi saya dah belikan tiket untuk kita balik kampun hujung minggu ni. Bas hari jumaat, pukul 10.00 malam. Tak sabar rasanya nak balik kampong.” Humaira memberitahu Wirdatul pada petang selasa.
                “ iye ke. Saya pun dah excited ni. Sejak cuti semester yang lepas, kita tak pernah balik kampong lagi kan. Haritu cuti mid-sem nak balik, tapi assignment pulak banyak nak kena buat.” Keluh Wirdatul.
                “ Betul tu. Frust jugak saya waktu tu. Mana taknya masa tukan pak su saya kahwin. Tak dapat saya nak tengok dia bersanding.”
                “ Tak pela Humaira, yang penting nanti awak bersanding saya dapat tengok ye. Saya jadi pengapit awak tau.” Wirdatul mula mengusik Humaira.
                “Kesitu pulak awak ni. Kita belajar pun tak habis lagi, dah fikir nak kahwin. Awak dah tak sabar nak kahwin ke? Saya tunggu awak kahwin dulu tau.”
                “Memanglah, tapi tak salahkan kalau kita fikir sekarang. Lagipun tak lama lagi kita ah nak habis belajar. Pas tu, dah boleh kahwin.” Wirdatul dah mula pasang angan-angan.
                “Iyelah tu, nampak tak sabar benar awak ni nak kahwin. Bagus sangat lah tu.”
                “Mana ade, saya ni tak de siapa yang suka pun, bukan macam awak, dah ada yang menunggu. Tinggal nak masuk meminang je.”
                “Kita hanya menunggu, tapi belum tentu yang ditunggu tu akan jadi milik kita. Lagipun, saya tak berharap sangat. Kalau ada jodoh kami, adalah. Sekarang yang penting…….”
                “Cita-cita mesti diutamakan. Saya dah tahu ayat awak tu.” Sambung Wirdatul sebelum sempat Humaira meneruskan ayatnya.
                “Tahu tak pe. Eh, jomlah pergi jogging. Jannah dengan yang lain dah tunggu kita tu.” Humaira mangajak Wirdatul apabila menyadari mereka sudah lambat. Petang itu, mereka sudah berjanji untuk jogging di sekitar taman berdekatan rumah sewa mereka. Sekali sekala nak bersenam. Barulah sihat tubuh badan. Release tensyen menghadap buku sahaja memanjang.



::by-->HUSNA FATHENI :D

No comments:

Post a Comment