Monday 27 February 2012

ceriteracinta


 ‘Aku manusia biasa, yang punya hati dan perasaan namun itu bukanlah milikku abadi, ia adalah milik Allah yang menciptanya. Memang kita selalu dengar cinta kepada Allah adalah cinta yang teragung dan kasih paaRasulullah adalah kasih yang terulung. Tapi,bagaimana sesame manusia? Persoalan yang masih kuragui jawapannya’ Humaira baru sahaja menulis di laman blognya. Sememangnya itulah ruinnya disaat dia mempinyai masa lapang walaupun cuma sekejap. Dan setiap yang dicoretkannya menggambarkan isi hatinya dan adakala perasaannya. Kehidupan sebagai seorang mahasiswi perubatan bukanlah mudah untuknya mencari masa lapang untuk bersuka-ria dan berhabisan wang untuk keluar membeli-belah, tambahan memang bukan minatnya kearah itu. Jadi, dia lebih selesa menghabiskan masa bersama blognya dan menghadap computer ribanya, mencari seberapa banyak ilmu yang boleh.
                Kematangannya jelas terpancar walaupun adaketika sikapnya agak melucukan. Namun, sikapnya amat disenangi rakan-rakannya. Anak sulung dari tiga adik-beradik ini begitu petah sekali berucap di khalayak ramai, jadi tidak hairanlah jika dia memegang jawatan sebagai Ketua Badan Dakwah Muslimat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,(UIAM). Sifat kepipinannya jelas sekali terserlah seja di semester pertama mereka di situ. Berpegang pada prinsipnya yang teguh, sehingga menjadikan dia berkeyakinan dalam setiap tindakan yang dibuatnya.
                “Assalamualaikum…..” daun pintu terkuak menandakan rakan serumahnya sudah pulang.
                “Waalaikumussalam…” salam berbalas.
                “Wah……ustazah kita sedang bermadah diruang mayanya….” Usik Wirdatul yang barusahaja melabuhkan dudk di sisi Humaira.
                “Tak adenya nak bermadah. Saya tengah cari maklumat tentang assignment ni.” Dalih Humaira.
                “Iyelah tu…..cari mklumt assignment dalam blog eh…bnyk btul mklumt kt blog tu erk…”Wirdatul sudah mula menyakat Humaira. Dia sendiri sudah maklum denga sikap Humaira. Sememangnya Humaira jarang sekali membuka computer ribanya. Tapi, kalau dah buka tu, tahulah apa yang dibuatnya.
                “Okeylah……saya tngah update blog ni….awak ni kan, tahu aje apa yang saya buatkan. Nak tipu cikit pun tak boleh.”
                “Mestilah….firasat saya tak pernah tipu taw, lagipun macam la saya tak tahu tabiat awak tu…sayakan pengikut setia blog awak…” Wirdatul sememangnya menjadi pngikut setia blog Humaira sejak dia tahu Humaira mempunyai blognya. Pada mulanya dia sendiri tidak tahu yang Humaira mempunyai blog, tetapi suatu hari ketika dia sedang mengexplore blog-blog di internet dia terlihat satu blog yang bertajuk ‘La Tahzan’. Dia tertarik dengan kata-kata dn madah yang terdapat dalam blog tersebut. Setelah diteliti pemilik blog tersebut, barulah dia tahu yang pemilik blog tersebut adalah Humaira. Sejak itulah dia menjadi pengikut setia blog tersebut.
                Sejak Humaira menuntut di UIAM, rutin hariannya sering sahaja sibuk dan setiap hari-harinya diisi dengan menyiapkan assignment, tutorial dan extra work yang diberikan olen pensyarah. Tambahn pula, tugas sampingannya yang juga memerlukan komitmen yang tinggi untuk memastikan setiap yang direncanakan bejalan dengan lancar. Dalam mengharungi kesibukan sebagai mahasiswi, tanggungjawab sebagai hamba Allah juga tidak pernah diabaikannya. Baginya, mengejar dunia sahaja bukanlah kunci untuk menjejakkan kaki ke syurga. Sesibuk mana pun dia dengan dunia, akhirat tidak akan dilupakan. Kerap kali juga dia bersolat jemaah di pusat islam kerana jarak yang jauh dengan rumah sewa membuatkan Humaira jarang pulang ke rumah ketika waktu rehat. Dia lebih suka menghabiskan masanya di perpustakaan, di pusat islam ataupun berjumpa dengan pensyarah untuk berdiskusi tentang masalahnya dalam pelajara ataupun tentang kemusykilan yang dihadapinya.
                Humaira memahatkan azam dan harapan kedua ibu bapanya yang menginginkan dia berjaya menggenggam segulung ijazah paa hujung tahun ini. Oleh kerana ini adalah tahun terakhirnya, di harus berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan cita-citanya menjadi seorang doctor tercapai. Tambahan pula, sebagai anak sulung, tanggungjawab untuk menyara adik-adiknya tergalas di bahunya. Sedar akan tanggungjawab itu, menguatkan lagi azamnya untuk belajar bersungguh-sungguh.
                ***********************************************************************
                Melihat raut wajahnya sudah cukup membuatkan wanita beristighfar panjang dan menyedari, indahnya ciptaan Allah. Tingkahlakunya yang sering menjadi perhatian kebanayakan siswi di Universiti Putra Malaysia(UPM). Sebut sahaja nama Hafiz Ar-Rayyan, sudah pasti setiap pelusuk kampus mengenali tuan empunya nama. Tambahan sikapnya yang mudah mesra dengan semua orang menjadikan dia mudah didekati. Ramai juga siswi mengangankan untuk menjadi teman wanitanya. Tapi, bagi Hafiz, berkawan adalah lebih baik. Kata orang berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Oleh sebab itulah dia cuba sedaya upaya mengabdikan kasihnya hanya pada Allah yang maha esa. Yang dengan mencintaiNya akan menghadirkan cinta yang tulus ikhlas buatnya.
                Melihat di sekelilingnya sahaja, budaya ‘couple’ seolah menjadi budaya para mahasiswa dan mahasiswi. Di kafe,wakaf,pondok, malahan  taman menjadi medan untuk mereka membuat date, berdua-duaan bermadu asmara dan melepaskan rindu. Tapi, kalau dah hari-hari jumpa, masih adakah rindu??? Hafiz tersenyum sendiri. Namun, disebalik senyuman ada sesuatu yang membuat dia kesal, mengapa mesti yang terlibat dengan budaya ini majoritinya adalah saudara sesame islamnya yang mana telah ditetapkan bahawa ‘perbuatan mereka itu hara dsisi islam.
                Hafiz sedar, dia juga bukanlah manusia yang sempurana. Dia bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang sempurna di mata Allah, tapi sejarah silam mengajarnya untuk mencari kesempurnaan itu walaupun dia sedar manusia takkan sempurna. Mengingatkan kenangan silamnya, hatinya tersentuh. Kenangan yang begitu banyak menajarnya untuk mencari redha Allah. Disingkap kembali sejarahnya, dia juga seperti mereka yang lain, yang terlalu asyik dengan dunia sehingga di lupa yang akhirat itu ada. Dia lupa yang akan ada azab yang akan menanti atas setia perbuatannya. Sikap sebagai remaja yang suka bersosial, tidak mementingkan ilmu ketika di bangku sekolah sebati dengan dirinya satu ketika dahulu. Namun, dia diberikan hidayah oleh Allah dengan menghadirkan seseorang yang cukup memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya.
                “Hey, kau siapa nak tegur aku? Cikgu disiplin kat sekolah ni pun takut kat aku tahu!” dia menengking pengawas yang mengambil namanya untuk diberikan kepada guru disiplin kerana dia terlambat ke sekolah.
                “Tapi awak dah buat salah. Saya Cuma jalankan tugas saya.” Jawab pengawas itu dengan tegas sekali. Lagipun, dia masih baru di situ.
                “Oh, pengawas baru. Kau belum kenal aku lagi. kalau kau nak tahu, aku gangster di sekolah ni tahu, jadi aku boleh buat apa sahaja yang aku suka.” Dengan bongkaknya dia bersuara. Tapi, pengawas itu tidak mengendahkan. Dia berlalu pergi begitu sahaja.
                Terimbau kembali saat pertemuan pertama bersama insan itu. Begitu kasar sekali percakapannya. Begitu bongkak sekali dia ketika itu. Sejak itu dia begitu benci dengan pengawas perempuan itu. Disebabkan pengawas itulah dia dirotan oleh guru disiplin buat pertama kalinya. Dia mula menaruh dendam pada pengawas itu. Pelbagai rancangan dibuat untuk mengenakan kembali pengawas itu tetapi semua rancangannya gagal. Ada sahaja halangan yang datang setiap kali dia ingin melaksanakan rancangannya. Seolah ada sesuatu menjadi pelindung pada pengawas perempuan itu. Semakin lama Hafiz membenci pengawas itu, terasa satu perasaan aneh menapak dalam hatinya. Dia sendiri tidak tahu untuk mentafsir perasaan itu.
                ************************************************************************
                Hari ini adalah hari penting untuk Humaira. Pusat islam akan mengadakan Karnival Ilmuan Islam bagi mendekatkan siswa dan siswi dengan ilmuan-ilmuan islam terdahulu yang hebat sekali mengasaskan teori-teori dan memperkenalkan penemuan yang cukup hebat sehingga berguna di generasi ini. Ramai anak muda masa kini tidak menyedari akan hakikat ini kerana kebanyakkan terpengaruh dengan ideologi barat yang telah mengeksploitasikan semua teori tersebut. Jadi, atas kesedaran itu carnival ini direncanakan oleh Humaira dan ahli jawatankuasanya. Pelbagai agenda telah dirancang untuk menarik minat siswa dan siswi menyertai carnival ini. Antara aktiviti yang dirancangkan adalan seperti forum perdana, persembahan nasyid, pameran,jualan dan sebagainya. Tetamu dari luar juga dijemput hadir untuk memeriahkan carnival itu. Persiapan telah dibuat beberapa bulan yang lalu agar semuanya berjalan dengan lancar.
                Humaira sibuk sekali menguruskan bahagian persembahan nasyid dan forum perdana yang akan dilangsungkan pada malamnya. Semuanya diuruskan bersama lima orang lagi pembantunya. Humaira melihat jam tangannya sudah menunujukkan ke pukul tiga petang. Teringat yang dia belum lagi mengerjakan solat zohor, lalu dia bergegas ke pusat islam untuk mengerjakan solat.
                “Wirdatul, saya pergi solat sekejap ya. Nanti saya datang semula.” Humaira meminta diri.
Humaira melajukan langkahnya kerana dia tidk mahu melengahkan waktu solat. Pantas sekali dia berjalan menuju ke pusat islam dan terus masuk ke ruang solat wanita . solat zohor dikerjakan dengan khusyuk sekali . ternyata manusia begitu mudah terperdaya dengan dunia. Usai solat, dia wirid seketika dan berdoa kehadrat Ilahi agar diampinkan dosanya dan terdidik dia sebagai muslimah yang solehah dan dipertemukan dia dengan pasangn yang soleh. Setelah itu, dia bergegas kembali untuk menyambung tugasnya.
                “Assalamualaikum” Satu suara menyapanya ketika dia hendak keluar dari pusat islam.
                “Waalaikumussalam” Di membalas salam, namun ditundukkan wajahnya kerana sedang mencari kasut yang dipakainya tadi. Setelah menjumpainya, wajahnya diangkat. Seolah panahan kilat menyambar tangkai hatinya tatkala melihat tuan empunya diri dan pemilik salam yang dihulurkan sebentar tadi. Ada sedikit debar disitu.
                “Humaira, awak apa khabar? Masih ingat saya lagi?” soal lelaki itu. Humaira terkedu seketika. Dia beristighfar panjang di dalam hati.
                “I….I…Ingat, Hafiz……Alhamdulillah, saya sihat.” Tiba-tiba lidahnya kelu untuk berkata-kata.
                “Baguslah, tak sia-sia penantian saya selama ini.” Ada tawa dihujung ayat itu. Humaira sudah memerah pipinya. Wajahnya ditundukkan. Dia sendiri tidak tahu respond bagaimana harus diberikan. Setelah 8 tahun keduanya menyepi tanpa khabar berita, kini mereka ditemukan dengan takdir yang kebetulan.
                “Hafiz,awak tak seriuskan dengan kata-kata awak dulu?” Humaira mengumpul keberanian untuk bertanya. Manamungkin sebaris nama itu dapat dia lupakan. Biarpun 8 tahun sudah dia menyepi untuk melupakan lelaki itu, namun hakikatnya dia belum dapat benar-benar lupakan lelaki itu.
                “Takdir akan tentukannya, Humaira. Tapi saya semakin yakin yang saya tak tersalah berkata-kata.” Hafiz juga sebenarnya cuba mengumpul kekuatan untuk berbicara dangan insane di hadapanya ini. Sudah lama sebenarnya dia ternampak Humaira sejak dia datang ke carnival itu, tetapi hanya dalam jarak jauh. Jadi, dia hanya menganggap itu sebagai satu kebetulan. Tapi, ternyata Allah itu maha berkuasa, dengan kuasa Allah, mereka dipertemukan di tempat yang cukup mulia, di hadapan gerbang pusat islam UIAM.
                “Tapi saya…………”
                “Awak tak perlu beri keputusan sekarang, kita teruskan hidup macam biasa sekarang. Segalanya di tangan Allah. Biarlah takdir yang tentukan.” Hafiz memotong sebelum sempat Humaira menghabiskan ayatnya kerana dia sudah tahu jawapan yang bakal diberikan Humaira.
                “Lagipun  kita sama-sama di tahun akhir, kan. Cita-cita tu yang perlu kita kejar dulu. insyaAllah…cinta akan datang kemudian.” Tutur Hafiz lagi.
                “Awak dah banyak berubah sekarang.” Humaira semakin berani untuk berbicara dengan Hafiz. Syukurlah Hafiz tidak mamaksanya. Baginya Hafiz hanyalah seorang sahabat yang cukup senang berkawan dengannya. Walaupun Hafiz adalah insane pertama melafazkan cinta untuknya, tapi dia belum bersedia untuk menerimanya. Cukup sekadar mereka bersahabat. Namun, dia tidak menafikan, jauh disudut hatinya dia juga ada menyimpan sedikit perasaan untuk Hafiz. Melihatkan perubahan pada Hafiz , dia semakin dengan perasaan itu. Tetapi, dia cuba mengawalnya agar dia tidak terperdaya dengan nafsu. Dengan nafsu, segalanya akan kelihatan indah.
                “Alhamdulillah….Allah hadirkan awak sebagai laluan untuk saya cari hidayahNya.”
                “Tapi saya juga makhluk Allah yang masih bertatih mencari hidayah itu.”
                “InsyaAllah..sama –sama kita mencari hidayah Allah agar kita sentiasa terpelihara dibawah redhaNya.”
                “Eh, minta maaf, saya ada perkara hendak diselesaikan. Saya pergu dulu ya” melihatkan jam di pergelangan tangannya, baru ia sedar  yang masih ada kerja yang tertangguh.
                “Baiklah, saya harap ini bukan pertemuan terakhir.” Hanya senyuman yang dibalas Humaira untuk ayat itu. Dia tahu, lelaki itu masih berharap padanya, tapi siapalah dia untuk menentukan takdirnya sendiri. Semuanya kuasa Allah.




::by-->HUSNA FATHENI :D

No comments:

Post a Comment