Saturday 28 January 2012

~pEsAnAn BuAtMu BaKaL PeDaMPiNgKu~


Pesanan buatmu wahai bakal pedampingku ~

                                                                                                                                                               

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
                Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

  Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..                    



Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..




Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti… :)

                                        


              

Tuesday 10 January 2012

~IsLaM aDaLaH CaRa hIdUp~

*Jika kita marah-TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa






*Jika kita bigung-KLIK doa agar tenang hati






*Jika kita dipuji-RELOAD syukur supaya tidak alpa


*Jika kita gagal-DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat


*Jika kita kecewa-RESTART tenaga agar sentiasa sedar


*Jika kita bersedih-SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan


*Jika kita berdosa-UNDO perangai itu dan bersolat taubat


*Jika kita berdendam-DELETE  buruk sangka supaya bersih hati


*Jika kita berbohong-BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan


*Jika kita buat maksiat-REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha..

Renung-renungkan dan selamat mengamalkan :)

Monday 9 January 2012

~mUhAsAbAh SeBuAh PeRsAhAbAtAn~


Tiada ungkapan amarah dalam ikatan sebuah persahabatan....walaupun hilang dari bertegur sapa tapi persahabatan tetap hadir pada doa dan ingatan pada jiwa. Harga sebuah ikatan itu tiada ganti dan tiada bayaran...terlalu indah...sifat insan yang lemah kadang bisa menyimpul satu keputusan yang tidak ingin di buat oleh hati, namun dek kata-kata rasuk mudah sangat menghukum nilai sebuah persahabatan. Berkata bukan maksud menghukum,tapi untuk ukhwah sebuah persahabatan atas dasar nasihat menasihati kerana kasihnya pada sahabat. Dalam erti kata sebuah persahabatan akan dihujani dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis, suka dan duka,ketawa dan pujukan.pelbagai emosi berbaur antara kasih dan mengasihi. Semuanya bisa mendidik kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Sahabat sejati ibarat taman yang mewangi, dari jauh sudah terasa betapa akrab sebuah persahabatan walau tanpa bertemu muka.
...SAHABAT YANG BERIMAN IBARAT MATAHARI YANG MENYINARI SEMESTA ALAM, SAHABAT YANG SETIA IBARAT WANGIAN YANG MENGHARUMKAN SI PEMAKAI, SAHABAT SEJATI PENDORONG IMPIAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN, SAHABAT BERHATI MULIA IBARAT PENYULUH MEMBAWA KE JALAN ALLAH...
Sebagai manusia biasa kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan tanpa sedar atau tidak. Memberi masa kepada diri sendiri dan bermuhasabah lebih baik jika ada sedikit perselisihan berlaku pada sebuah persahabatan. Kadang-kala diam sekejap lebih baik kerna bimbang terucap kilaf pula. Diam bukan bererti marah tetapi cuba mencari sisi yang lebih baik untuk memperbaiki hubungan persahabatan yang keruh. Lumrahnya dalam persahabatan ada perselisihan faham. Berbincang dan bersabar bisa mengembalikan keindahan sebuah persahabatan. Moga diri ini bisa menilai kembali erti sebuah persahabatan...zizu_m...
"pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan tetapi perpisahan tidak semestinya memutuskan sebuah persahabatan"...dengan nilai Ukhwwah kerana Allah ukhwwah Fillah.
rujukan tambahan daripada http://iluvislam.com/ Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.
moga persahabatan yang terjalin akan terus kekal seperti untaian tasbih yang ada awal tetapi tiada penghujungnya...INSYAALLAH...moga kita senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang-Nya....

Saturday 7 January 2012

~kU RiNdU SaAt bErSaMaMu~

Ya Allah..Disaat ini aku amat merindui insan-insan yang amat aku sayangi...aku sayangi mereka keranaMU ya Allah..mereka yang pernah melalui liku-liku kehidupan bersamaku suatu kelak dahulu..kau suburkanlah iman dihati kami agar kami dapat bersama syurgaMU..

~saat dibumi smkab~

~raya dirumah teacher zuhailah~

~barisan prefect puteri 5 Ar-Razi~

~with my bestfriend~

~tyme busana muslimah~

Saat bersama teman yang melalui suka dan duka bersama menjadi kenangan yang terindah dalam hidup..Bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH..

~wahai teman..ku sangat merindui saat kita bersama~







                                          

Friday 6 January 2012

~PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM… HIJRAH ~


Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
 
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


Monday 2 January 2012

~sAhAbAT sElaMAnyA~

                                                   i Love mY bestfriends...


                                      
nak citer psai bestfriends anna la arie neyh...rindu la kt depa..actually anna da ramai kawan...tp 2 orang neyh la yg rapat ngn anna...tp wani la yg paling rapat...selalu ada tyme anna susah n senang...thanks a l0t syazwani!!
walaupown d0k jaoh tp anna tetap x penah lupakan wanie taw dak!!hope our relationship will not last forever..
tringat  tyme d0k kt skolah dlu...mmg x bleh blah...klaw 1 hari x gelak mmg x sah...ada ja gelak tawa dri kmi...walaupown kmi 2 ja yg taw kmi d0k elak psai pa..sampai ada la orang pelik d0k tg0k kmi neyh keja d0k gelak ja...siap prasan lg kta gelak kt dya...hahahhaa...mmg x bleh blah..1 kelas la ktakan...2 tahun d0k klas skali..form 4-5 Ar-Razi...rindu la kt kelas neyh...kami d0k kt tepi tingkap...hari2 keja d0k gelak..mmg 2 la keja kami tiap2 hari...tringat g mula2 cikgu math mas0k...cikgu bleh kata kami kembaq!!muka sama ka??anna pown x taw la sama ka x muka kami...tp rasa cam x sama ja...haha..

                                                 
                                                           Nor Syazwani bt Abd. Wahid

Kalaw nak citer mmg byk la kesah kami dua neyh...tak terkira...walaupun skrg ja0h d'mata tp tetap d'hati..


Anna kenai ngn si Faiz tyme form 2..nak kta lama 2 bleh la gagah..kira lama gak la kenai dya...cam mna leh kenai 2 malas la nak cita..mula rapat ngn si Faiz neyh tyme form 3..2 pown lepas abeh PMR dah la..tp result tyme 2 x keluaq la..kami x d0k satu skolah..tp skolah dekat2 gak la...walaupun skolah dekat2 gak tp x penah pown jumpa..mmg best la kawan ngn si Faiz neyh...suka bwat anna gelak...selalu ada  tyme susah n senang..tpx leh lwn ngn wani la...wani neyh always ada ngn anna..pa yg best birthday kami dekat2..anna 6 march..si Faiz 8 march...dah anggap si Faiz neyh mcm family anna sendiri...thanks a l0t Faiz..i cannot forget all the moment with u..tyme anna kt plkn Faiz la selau call anna..actually,anna x nak p plkn...kt plkn 2 anna x knai ngn spa2..tp bla dah p 2 naseb la ada yg ingtkn anna..
  
                                            
                                                 Mohammad faiz bin Md Noordin (xpasti la bet0l ka x)

i miss all the m0ment with u all taw!!..i h0pe our friendship will not last forever..biaq la k0rang dah b'punye pown tp jgn lupa kt anna taw!!anna rindu ampa sgt2..gudluck for your life..miss u all bebeyh!!hahaha..

our friendship will not last forever...

p/s:sory ambik gambaq x bagi taw..hahhaa :)