Wednesday, 28 December 2011

~nAsIhAt iMaM sYaFie uNtUk mEnCaRi SaHaBaT~


Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam
kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.
Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal
persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

                      
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik
dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan
selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

                                     
Mencari sahabat pada waktu susah.
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam
duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 
Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi
sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan.Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati.Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap sepertiseorang paderi dalam menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperolehkebaikannya.Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

                                         
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah.
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Rosaknya keperibadian seseorang.Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain.Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega,
jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.Tipu daya manusia.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannyayang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

                                         
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia
walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapan.engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.
Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.Menjaga nama baik.Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan
menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..

~pErSoNaLiTi BeRdAsArKaN JeNiS dArAh~


Hah anda tau anda jenis darah ape? Jom p cek kat klinik…kalu dah
jom kite tgk ape maknenye…
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?

DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Tuesday, 27 December 2011

~sEiNdAh HiaSAn AdAlaH wAniTa sOlEhAh~



Seindah hiasan adalah wanita solehah 
Wanita solehah itu aurat dijaga, 
Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini, 
Keayuan wanita solehah itu 
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah 
Tidak terletak pada kemanjaannya, 
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya, 
Yang menggoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, 
Memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,




Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, 
Nafsu mengatakan wanita cantik, 
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu, 
Serta pandangan dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai, 
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,






Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai, 
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut 
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya, 
Bersyukurlah atas apa yang ada 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama, 
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...










Saturday, 24 December 2011

~KERANA CINTA, ALLAH DIPERSIA~


Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin Ya Rabbal'alamin



Jika cinta adalah kerinduan,
maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir pada-Mu.
Jika cinta adalah perjuangan,
maka kobarkanlah semangat di dada kami.
Jika cinta adalah pengorbanan,
maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu.
Jika cinta adalah air mata,
maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu Ya Allah..
SMS, Chatting & Call siang malam akhirnya mengheret si dara & si teruna yang saling merindui & bercinta untuk berdating.
Awalnya sekali. Kemudian, berkali-kali.

"Ayang, abang sanggup lakukan apa sahaja untuk ayang," janji si teruna.
"Ayang juga sanggup serahkan jiwa & raga demi abang," balas si dara dengan wajah berbunga-bunga.

"Jika benar kata ayang, apa buktinya??"
Sudah!


Kuat sekali magnet teruna & dara.
Tidak hairanlah Allah SWT melarang menghampiri zina sama ada dengan hati,
lisan ataupun perbuatan, apatah lagi berzina.
Sama ada dengan sengaja atau tidak, bercinta sebelum berkahwin amat terdedah kepada
"nyamuk-nyamuk ikhtilat"
(pergaulan bebas yang menghampiri zina)

Pernahkah kata & janji seindah teruna & dara kita lafazkan kepada Pencipta cinta?
Bukankah Dia yang terlalu mencintai kita lebih berhak mendapat cinta kita?
Dimanakah Allah dihati kita?



Ada kalanya cinta menjadi seperti singa & pedang
berkuasa, mulia & gah di tangan pejuang.
Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia,
yang miskin menjadi kaya jiwa,
yang kaya menjadi dermawan & yang melarat menjadi terhormat.
Inilah cinta yang Allah SWT redhai iaitu cinta kepada Allah, Rasulullah saw, ilmu, keluarga, perjuangan & seumpamanya.

Ada kalanya cinta menjadi bencana besar
Mengundang 1001 akibat, sengsara, derita & penyesalan.
Cinta inilah yang menjatuhkan seorang pemimpin hebat seperti Bill Clinton kerana seorang wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkan populariti si Raja Golf Dunia, Tiger Woods kerana skandal seksnya dengan ramai wanita.

Ada kalanya cinta menjadi seperti arak yang memabukkan
Khayal & tenggelam.
Hilang arah & pedoman.
Inilah cinta sebelum pernikahan.
Cinta ini banyak ditagih oleh anak-anak muda pada zaman ini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati lazat & manisnya nasihat & teguran.






cinta fitrah
Prof. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya al-Islam wa al-Hub menulis :
"Cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu."
Wujudkah manusia sihat yang tidak cenderung kepada sesuatu?

Rasa minat, kagum, rindu, teringat, suka, cinta & sayang kepada seseorang ialah fitrah setiap insan.
Perasaan indah ini singgah mengusap di setiap hari. Tiada siapa terkecuali. Semua orang akan merasainya. Itu petanda seseorang itu normal & sihat. Fitrah ini akan tetap fitrah apabila ia berhias istighfar & mujahadah. Bersyukurlah kerana rasa mencintai itu adalah nikmat yang berharga dari Allah buat hamba-Nya yang dikasihi berbanding makhluk-makhluk Nya yang lain =)

Soal cinta amat akrab dengan soal hati.Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta & sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin selalu berbalas SMS, call & kerap berjumpa.

Setiap dosa besar bermula dengan dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah saw & generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah pendosa.

Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a berkata,
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku meminta ampun & bertaubat kepada Allah SWT 100 kali setiap hari."
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata,
Aku mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar & bertaubat kepada Allah SWT dalam satu hari lebih daripada 70 kali."
(Riwayat Al-Bukhari)



cinta fitnah
Hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut, & telinga untuk bertindak bertentangan dengan panduan syariat. Apabila lisan & perbuatan mula melaksanakan arahan hati itu, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Fitrah boleh menodai serakah. Walaupun hati akur bahawa fitrah cinta ialah anugerah Allah SWT, ironinya, hati juga ingkar bahawa fitrah cinta itu ada peraturannya daripada Alah SWT. Apa-apa yang Allah SWT haramkan, dilakukan. Apa-apa yang Allah SWT perintahkan, ditinggalkan. Demi cinta, segala-galanya menjadi "halal" belaka. Kerana si dia, Allah SWT dipersia-siakan. Na'uzzubillah

Urusan antara lelaki & perempuan pada asalnya dibolehkan. Namun, ramai orang yang beralasankan "urusan" untuk menghalalkan ikhtilat (perhubungan) yang terlarang. Call, SMS, dating, chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya.

"Dah makan ke?"
"Tengah buat apa tu?"
"Esok nak pakai baju warna apa?"
"Dah tidur ke?"

Adakah ini dikatakan urusan?
Perlukah berurusan dengan soalan-soalan ini?
Bukankah ini boleh mengheret seseorang kepada langkah seterusnya?
Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat Allah ataupun sebaliknya makin lalai kepada Allah?
Wallahu a'lam.
Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa. Bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing.


cinta barakah
Cinta fitrah yang dipelihara kesuciannya akan berbuah barakah. Barakah itu mungkin di dunia, mungkin juga di akhirat. Lebih indah jika barakah itu pada kedua-duanya sekali, di dunia & di akhirat.

Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi Muslim insyaAllah akan dianugerahkan bait al-Muslim (rumah tangga Muslim). Orang yang berusaha menjadi soleh, InsyaAllah akan dimudahkan Allah mendapat orang yang solehah.

Cinta yang barakah akan terus bersemarak indah dalam ikatan nikah. Ia melengkapkan separuh agama. Namun andai tiada jodoh di dunia, cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya redha pada ketentuan-Nya.

Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cinta-Nya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan atau tidak, ia tidak dapat mengahalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta ! =)








~AMAL SOLEH SELAMATKAN 3 LELAKI~

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ketika menceritakan sebuah kisah sebagai teladan, cerita baginda: 

"Telah keluar 3 orang lelaki pergi mengembara, tiba disebuah gua mereka 
masuk untuk tujuan bermalam. Sebaik sahaja masuk tiba-tiba sebuah batu besar 
jatuh dari atas gunung & menutup pintu gua. Lalu mereka berkata sesama 
sendiri kerana tidak dapat keluar dari gua, sambil berdoa kepada Allah 
dengan mengemukakan amal soleh yang telah mereka lakukan. 

Salah seorang dari mereka lalu berdoa; "Ya Allah, Ya Tuhanku. 
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku mempunyai ibu bapa yang tua & aku tidak 
pernah minum susu sebelum memerahkan susu kambing & kedua mereka meminumnya. 

Tetapi pada suatu hari kambing itu telah keluar jauh mencari makan & aku 
tidak menunaikan kewajipanku kepada orang tuaku seperti biasa sehingga mereka tertidur. 
Setelah aku memerah susu, ibu bapaku masih tidur & aku teringin minum susu itu. Namun aku terus menunggu mereka bangun dari tidur sehingga terbit fajar. Anak-anak ku menjerit-jerit lapar di kakiku menyebabkan ibu bapaku terjaga & minum susu yang aku perah itu. 

Ya Tuhanku, jika apa yang telah aku lakukan itu mendapat keredhaan-Mu maka 
lepaskan kami dari bencana yang sedang kami hadapi." 
Tiba-tiba batu besar yang menutupi pintu gua itupun terbuka sedikit, tetapi mereka masih tidak dapat keluar. 



Maka lelaki yang kedua pula berdoa;
"Ya Allah, ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau mengetahui aku ini mempunyai seorang sepupu perempuan yang amat aku cintai & aku sering merayunya untuk berdua-duaan, tetapi dia sentiasa menolak. 
Pada suatu hari dia menemuiku & aku memberinya 120 dinar dengan harapan 
dia mahu berdua-duaan bersama ku. Ia menerima permintaan ku itu. Ketika aku 
menghampirinya tiba-tiba dia berkata:
"Takutlah kepada Allah. Janganlah melakukan sesuatu yang dimurkai Allah." 

Aku merasa serba salah & berhenti dari percubaan ku untuk memperdayakannya 
serta meninggalkanya pergi sendiri, sedangkan dia gadis yang amat aku cintai & aku juga meninggalkan wang emas yang telah aku berikan kepadanya itu. 

Wahai Tuhan ku, seandainya apa yang telah aku buat itu mendapat keredhaan-Mu 
maka lepaskan kami dari bencana yang sedang kami hadapi ini." 
Tiba-tiba batu besar itu bergerak sedikit lagi. Namun ketiga-tiga lelaki itu 
masih gagal melepaskan diri dari pintu gua itu. 


Akhirnya lelaki yang ketiga pula berdoa;
"Ya Allah, Ya Tuhan ku. 
Sesungguhnya aku telah mengupah beberapa orang pekerja untuk melakukan satu pekerjaan. Aku telah membayar upah kecuali seorang pekerja yang telah 
meninggalkan tempat itu tanpa mengambil wang upahnya terlebih dahulu. 
Wang itu telah aku kembangkan sehingga menjadi banyak. 
Pada suatu hari dia datang menanyakan tentang wang upahnya itu. Aku jawab: 
"Semua unta, lembu, kambing & hamba sahaya yang engkau lihat di depan 
matamu itulah upahnya yang engkau tinggal kepadaku dulu." 

Orang itu menjawab: "Kau mempermainkan aku?" 

Aku menjawab: "Tidak. Aku tidak mempermainkan engkau, memang benar itu harta mu. Ambillah semuanya." 

Dia pun mengambil semua hartanya tanpa meninggalkan sedikitpun. Wahai Tuhanku, andai kata perbuatanku itu mendapat keredhaan Mu maka lepaskanlah kami dari bencana yang sedang kami hadapi ini." 

Lalu batu besar itu pun bergerak sehingga pintu gua terbuka lebar membolehkan ketiga-tiga lelaki itu keluar dengan selamat." 



Dari apa yang Rasulullah s.a.w sabdakan itu, jelas menggambarkan bagaimana 3 lelaki soleh itu dapat keluar dari gua kerana doa & amalan baik yang dilakukannya telah dimakbulkan Allah. 

Cerita lelaki yang memuliakan ibu bapa itu memperlihatkan kepada kita bahawa 
orang yang beriman benar-benar memuliakan ibu bapa mereka & sungguh-sungguh berbakti & memelihara keselamatan & kebajikan ibu bapa mereka. Keperluan ibu bapa diutamakan dari orang lain mahupun dirinya 
sendiri. Sehingga sanggup menderita & bersusah payah asalkan ibu bapa 
hidup senang. 

Begitu juga lelaki yang kedua, dia sungguh-sungguh takutkan Allah, apabila 
diperingatkan akan Allah, segera takut. Kerana takut itu dia segera 
meninggalkan maksiat, perkara yang dimurkai Allah. 

Begitu juga lelaki yang ketiga, kerana kejujurannya memelihara amanah, sedia 
berkhidmat & menolong orang lain. Ia sentiasa bertolak ansur, tidak mengikut kehendak nafsu. 

Sifat-sifat yang dimiliki oelh tiga lelaki ini seharusnya menjadi contoh 
kepada kita semua. Betapa Allah memuliakan mereka di dunia. Apa lagi di akhirat nanti di beri ganjaran pahala dengan nikmat kebahagiaan di syurga.






Friday, 23 December 2011

tEntAng aKu..

Hari neyh Anna nak citer pasai AnnA la..Nama diberi NOOR SULIANA BINTI MOHAMAD SOFI..Anna dilahirkan di Hopital Sungai Petani,Kedah...tp skrg h0spital SP neyh jd pusat latihan dah..Anna dilahirkan pada hari sabtu..6 march 1993 lahirlah seorang insan hasil perkongsian hidup Norle bt. Ismail dgn Mohamad Sofi b. Ramli...Anna anak sulong!!haha...anak sulong neyh tanggungjawab memang berat...
Tadika Taman Seri Kota,Alor Setar merupakan tmpat Anna mula2 belajaq..lepas habih tadika selama 2 tahun Anna pown bersekolah di Sekolah kebangsaan Sungai Korok Lama,Alor Setar..Tp darjah 1 ja dok skolah neyh..Disebabkan kena ayah Anna ditukarkan bekerja di Kulim family Anna pown berpindah la ke kampung..memang yg Anna idam-idamkan!!Anna nak dok kt kampung..Mula la nak kena masok sekolah baru..Anna pown sekolah kt kampung...

                                                       neyh la SKMAA

Sekolah Kebangsaan Mohd Ariff Abdullah...hmmmm...mula-mula masok kelas 2 jdi  blur gak la...almaklumlakan...x kenai sorg pown...tp ada gak la yg kenai ngn Anna...Anna ja x kenai depa...ter0k betoii la Anna neyh..Anna pown menimba la khazanah ilmu kt SKMAA sampai la habis UPSR..alhamdulillah la dgn keputusan UPSR Anna..walaupown x dpt straight A's tp Anna ditawarkan juga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling...susah gak kowt nak dpt tawaran masok sekolah neyh...Anna dok nampak SMK Parit Panjang 2 ja..ya la kan...Anna mana dpt straight A's dlm upsr 2...just dpt 4A 1B ja...

                                                                      SMKAB!!



SMKAB!!bangga gak la dpt masok skolah neyh..tp tringin gak la Anna nak p SBP..so dok kta 2 lpas PMR la nak p SBP...tp nak wat cena kan...xdak rezeki...keputusan PMR Anna x layak la nak p SBP..just got 7 A's...tp xpa..form1-form 5 kt skolah neyh...dah saaaaayang dah kt  skolah neyh..byk gak la suka duka kt cni..tapi xmau la citer la neyh...len kli la citer psai suka duka kt skolah neyh...pejam celik pejam celik dah habis SPM..maka selasai sudah perjuangan dibumi SMKAB neyh...walaupown perjuangan selesai dibumi SMKAB tp masih jauh lg perjalanan hidup untuk beroleh sebuah cita-cita...meneruskan pula perjuangan di Kolej Matrikulasi  Pulau Pinang...

                                                              pintu gerbang kolej

                                                          Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

lepas neyh tataw la kt mna pulak perjuangan hidup neyh...tp dlm angan2 tu nak masok Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)...I'allah....harap dpt la masok UKM lepas neyh...tp kena la study sunggoh2...bru la dpt p universiti yg di idam-idamkan...perjuangan mestilah diteruskan demi mencapai sebuah kejejayaan..walaupun permulaannya pahit i'allh pengakhirannya manis..... : D